top of page

WCT, MRCB George Kent meterai perjanjian skop kerja LRT3


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: WCT Holdings Bhd (WCT) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WCT Bhd (WCTB) hari ini memeterai perjanjian dengan MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK) berkaitan skop kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).


WCT dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata ia berikutan pelantikan MRCBGK sebagai kontraktor siap guna kerana terdapat perubahan daripada perkongsian penyampaian projek kepada kontraktor siap guna selaras dengan kontrak antara Prasarana Malaysia Bhd dan MRCBGK.


Menurut perjanjian itu, ia berkata skop kerja Pakej Kerja LRT3 sudah disemak semula dan dipersetujui dengan pindaan penting.


"Reka bentuk dan skop Projek LRT3 sudah berubah, maka dengan ini, harga kontrak baharu yang disemak semula berjumlah RM819 juta dipersetujui di antara WCTB dan MRCBGK; dan tarikh siap projek LRT3 yang disemak semula adalah pada 30 November 2023," katanya. -BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page