top of page

Wakil pembeli Aspire Residence Cyberjaya tuntut projek siap segara


Aspire Residence, Cyberjaya
Pembeli projek perumahan Aspire Residence pada tahun 2021 berkumpul membuat bantahan atas kelewatan pemaju menyiapkan projek pembinaan rumah Aspire Residence

PUTRAJAYA – Wakil pembeli Aspire Residence, Cyberjaya menegaskan ketika ini mereka hanya menumpukan usaha terhadap tuntutan supaya projek perumahan berkenaan dapat disiapkan segera dan diserahkan pada September ini.


Menurut seorang wakil pembeli, Nur Aini Mohd Zaini, mereka juga berharap usaha beberapa tahun kebelakangan ini tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi masing-masing.


Jelasnya, ia susulan artikel yang disiarkan oleh sebuah portal bertajuk ‘Anak Syarikat SPNB berhadapan tindakan penggulungan, nasib pembeli rumah jadi tanda tanya’ yang disiarkan semalam.


“Wakil pembeli projek perumahan terbengkalai Aspire Residence kesal terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan isu tuntutan mereka terhadap SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) untuk kepentingan sendiri.


“Portal berkenaan juga telah menggunakan foto pembeli Aspire Residence tanpa kebenaran yang mana kenyataan tersebut adalah bercanggah dan memesongkan pembaca,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 1 Mac lalu, media melaporkan projek Aspire Residence tidak lagi dikategorikan sebagai projek sakit kerana status pembinaannya sudah mencapai tahap 90 peratus sehingga dengan jangkaan penyerahan kunci pada September depan.


Sumber: Kosmo!

Comments


bottom of page