top of page

UTeM mahu bina jaringan universiti luar negara


Gambar hiasan

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mahu membina jaringan dengan lebih banyak universiti-universiti luar negara bagi memertabatkan Revolusi Perindustri keempat (4.0).


Naib Canselornya, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim berkata, dengan adanya kolaborasi perkongsian pintar dari dari luar negara, pelajar universiti berkenaan berpeluang untuk mendapat peluang-peluang ataupun tawaran program yang sesuai untuk bekerjasama seterusnya diadaptasikan di UTeM.


"Walaupun sebelum ini wujud pelbagai bentuk kerjasama namun ia lebih kepada mobiliti pelajar dan sudah masanya UTeM bergerak lebih jauh ke hadapan.


"Kerjasama yang turut melibatkan Kementerian Pendidikan itu akan diteliti sebaik mungkin agar usaha berkenaan mampu menyediakan pelajar untuk berhadapan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0," katanya.


Raha berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Mahabbah Aidilfitri UTeM 2019 di Kampus Durian Tunggal, di sini hari ini.


Raha (tengah) ketika beramah mesra dengan sebahagian pelajar ketika majlis Mahabbah Aidilfitri UTeM 2019 di Kampus Durian Tunggal, di sini hari ini.


Hadir sama Yang Dipertua negeri merangkap Canselor Utem, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob dan Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Noor Effandi Ahmad.


Tambahnya, sejak ditubuhkan sehingga kini, UTeM telah mengadakan jalinan kerjasama dengan lebih 120 pihak industri bagi memperkasakan bidang tersebut.


Menurutnya, usaha kerjasama pintar itu akan terus berjaya melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan UTeM kepada 86 peratus berbanding 80 peratus kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.


"Sebagai universiti latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) pertama di negara ini, kerjasama teknikal dan teknologi dari luar negara mampu membantu proses asimilasi dalam kalangan pelajar," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Comments


bottom of page