top of page

UPSI laksanakan projek kelestarian alam, bina tasik lebih 500 meter


UPSI laksanakan projek kelestarian alam, bina tasik lebih 500 meter
Tasik Banjaran sepanjang 530 meter ini bakal memberi manfaat kepada warga UPSI dan penduduk Tanjung Malim.

UPSI laksanakan projek kelestarian alam, bina tasik lebih 500 meter

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang melaksanakan sebuah projek kelestarian alam dan kesejahteraan yang bakal memberi manfaat kepada warga institusi pengajian tinggi tersebut bahkan penduduk daerah ini.


Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kedua-dua kampus UPSI iaitu Kampus Sultan Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah terletak di sisi Banjaran Titiwangsa.


Justeru, katanya, pihaknya sedang membangunkan sebuah tasik dinamakan Tasik Banjaran sepanjang 530 meter yang akan membolehkan UPSI menganjurkan pelbagai aktiviti air bertaraf antarabangsa serta program keusahawanan aquakultur.


“Di sekeliling tasik, sedang dibina trek larian sepanjang 2.4 kilometer (km) yang membolehkan pelaksanaan program pembudayaan gaya hidup sihat dan kesihatan mental dalam kalangan warga UPSI dan komuniti Tanjung Malim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Mengulas lanjut, beliau berkata, di tepi tasik itu pula akan dibina Waterfront Cafe, taman glamping dan pelbagai lagi program rekreasi luar.


Inisiatif ini, menurut Md. Amin, bakal menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan juga menjadi destinasi pelancongan baharu bukan sahaja untuk masyarakat sekitar daerah ini malah negeri Perak.


“Projek ini juga dilaksanakan selaras dengan seruan Menteri Pendidikan Tinggi dan kerajaan sebagai inisiatif memasyarakatkan universiti sekali gus dapat merapatkan hubungan universiti dengan komuniti,” katanya.


Beliau berkata, pelbagai aktiviti bersama komuniti luar serta agensi kerajaan dijangka mendapat sambutan dengan siapnya prasarana di sekeliling Tasik Banjaran yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah.


Katanya, bagi pengunjung luar yang menginap di Scholar’s Suites yang terletak tidak jauh dengan Tasik Banjaran juga boleh menggunakan kemudahan berkenaan.


“Saya berterima kasih Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) UPSI yang berusaha gigih merealisasikan impian yang akan menjadi kenyataan ini,” katanya.


Menurut Md. Amin, di UPSI, apa yang menjadi keutamaan adalah bukan sahaja pekerjaan dan pengajian tetapi pelaksanaan program bagi mengamalkan keseimbangan hidup dan pembangunan lestari.


“Sebelum ini UPSI membangunkan UPSI Adventure Park untuk pelbagai pihak mengadakan program kursus pembinaan pasukan yang dikendalikan pakar-pakar rekreasi luar UPSI dan ia mendapat sambutan sepanjang tahun.


“Selain itu UPSI mempunyai kolam renang bersaiz Olimpik dan tidak lama lagi akan siap gelanggang boling dan driving range untuk peminat golf sekali gus akan memeriahkan Kampus Sultan Azlan Shah,” katanya.


Sumber: Kosmo!


UPSI laksanakan projek kelestarian alam, bina tasik lebih 500 meter


コメント


bottom of page