top of page

UOA Development catat untung lebih besar RM63.87 juta


UOA Development catat untung lebih besar RM63.87 juta
UOA Development Bhd

UOA Development catat untung lebih besar RM63.87 juta

KUALA LUMPUR: UOA Development Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2023, kepada RM63.87 juta daripada RM45.30 juta pada tahun lalu.


Bagi tempoh sama, perolehan hasilnya susut kepada RM98.10 juta daripada RM121.11 juta sebelum ini.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan pelaburan dan pembangunan hartanah itu berkata hasil bagi tempoh di bawah kajian itu kebanyakannya disumbangkan oleh projek yang sedang dijalankan seperti Laurel Residence dan Aster Hill.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Jualan yang diperoleh daripada The Goodwood Residence selain United Point Residence, turut menyumbang kepada hasil berkenaan," katanya.


Menyentuh prospek, kumpulan itu berkata jumlah jualan hartanah baharu bagi tempoh berakhir 30 Jun 2023 mencecah kira-kira RM303 juta.


"Sumbangan jualan hartanah itu kebanyakannya daripada The Goodwood Residence, Aster Hill, Laurel Residence dan United Point Residence.


"Jualan yang belum dimasuk kira setakat 30 Jun 2023, adalah berjumlah kira-kira RM285.2 juta dan kami akan terus meninjau tanah dengan pembangunan strategik yang memenuhi objektif kumpulan," katanya.


Selain itu, Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim satu peringkat pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 pada 20 sen sesaham biasa yang akan dibayar pada tarikh yang ditetapkan kemudian.


Sumber: Berita Harian


UOA Development catat untung lebih besar RM63.87 juta


Comments


bottom of page