
Pencapaian UniSZA
UniSZA menjadi universiti pertama menggunakan teknologi Multi-Fiber Modular Termaju dalam pemuliharaan tasik.
Projek ini bertujuan meningkatkan kualiti air yang tercemar akibat sisa domestik dan pencemaran.
Latar Belakang Masalah
Insiden ribuan ikan mati di Tasik UniSZA pada Mei 2023 akibat pencemaran.
Kejadian serupa pernah berlaku pada tahun 2017.
Kajian oleh ESERI menunjukkan Indeks Kualiti Air (IKA) Kelas IV (sangat tercemar).
Pelaksanaan Projek
Peruntukan RM3 juta daripada KPT diterima pada Julai 2023.
Projek terbahagi kepada dua fasa:
Fasa 1: Pemuliharaan pencemaran dan naik taraf tasik.
Fasa 2: Pemuliharaan, naik taraf, dan pembangunan lestari tasik.
Bermula Januari 2024, pembinaan rumah pam & sistem multi-fiber dimulakan.
Teknologi Multi-Fiber Modular siap dipasang pada September 2024.
Hasil & Manfaat
Kualiti air meningkat daripada Kelas IV ke Kelas II.
500,000 liter air terawat dihasilkan setiap hari.
Pelan jangka panjang untuk memastikan Tasik UniSZA kekal lestari & mesra alam.
Sumber: TRDI
Kommentare