
Kerjasama Strategik Malaysia-Arab Saudi
UEM Lestra Berhad memeterai perjanjian dengan ACWA Power dari Arab Saudi untuk membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) di Malaysia.
Kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan bersama bagi meneroka teknologi penyahgaraman air menggunakan Osmosis Songsang Air Laut (SWRO).
ACWA Power ialah syarikat terkemuka dunia dalam penyahgaraman air, tenaga hijau, dan hidrogen hijau, dengan 101 projek di 14 negara.
Fokus Kajian & Potensi Pembangunan
Kajian dijangka mengambil 6 hingga 12 bulan dan merangkumi loji penyahgaraman dengan kapasiti 200,000 hingga 400,000 meter kubik air sehari untuk keperluan industri.
Loji IWPP berpotensi dilengkapi dengan:
Turbin gas kitaran gabungan
Ladang solar berskala besar (daratan atau terapung)
Sistem penyimpanan tenaga bateri atau gabungan kedua-duanya.
Implikasi Pelaburan & Manfaat kepada Malaysia
Projek ini dapat menarik lebih banyak pelaburan asing, khususnya dalam sektor pembuatan dan pusat data.
Bekalan air dan tenaga gred industri yang mampan akan membantu menyokong pertumbuhan industri dan selari dengan sasaran tenaga boleh baharu negara.
UEM Lestra & ACWA Power komited memastikan pembangunan loji ini berjalan lancar demi keperluan tenaga dan sumber air industri Malaysia yang semakin meningkat.
Sumber: Dagang News
Comments