top of page

Udara tercemar tidak merebak seluruh Pasir Gudang


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menafikan dakwaan viral laman sosial yang mengatakan pencemaran gas metana sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang, hari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, kerajaan negeri turut menafikan dakwaan viral seorang pelajar sekolah meninggal dunia akibat pencemaran gas metana dan hospital mengeluarkan arahan bersiap sedia (red alert).


“Salah dan tidak betul,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai dakwaan viral di laman sosial berhubung status pencemaran dan seorang pelajar didakwa meninggal dunia, hari ini.


Sementara itu, sumber Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memberitahu pihaknya sudah dimaklumkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa kualiti udara di lokasi pembuangan sisa kimia dan Pasir Gudang masih terkawal.


“JAS dan JPS memberitahu kualiti udara masih terkawal dan tidak perlu ‘evacuate’ (melakukan pemindahan penduduk).


“Esok Datuk Azizan (Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Azizan Abu Taat) akan membuat kenyataan media.


“Semua perkara ketika ini akan dirujuk ke bilik gerakan NADMA daerah yang dibuka di tingkat tiga Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang,” katanya.



Kommentarer


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page