top of page

Tuntutan palsu: Eksekutif teknikal direman esok


Tuntutan palsu: Eksekutif teknikal direman esok

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Seorang eksekutif teknikal di sebuah anak syarikat Felda akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh esok kerana melakukan tuntutan palsu bernilai lebih RM100,000.


Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat FIC Integrated Wilayah Trolak, Perak kira-kira pukul 4 petang ini.


Menurut sumber, suspek dikatakan telah bersubahat dengan kontraktor di sebuah syarikat untuk memperakukan kerja-kerja membina tembok penahan tanah runtuh di rumah peneroka Felda Trolak Selatan, Sungkai, Perak.


"Siasatan lanjut mendapati, kerja-kerja yang dibuat tidak mengikut spesifikasi 'Bill Of Quantity' yang ditetapkan oleh jawatan kuasa tender bernilai RM 137,900," katanya, di sini hari ini.


Sumber: Utusan


Comments


bottom of page