top of page

Tumpahan minyak sepanjang 1.9km ditemui hari ketiga operasi


TUMPAHAN minyak sepanjang 1.9 kilometer ditemui pada jarak 4.5 batu nautika dari Tanjung Punggai dalam operasi pembersihan Jabatan Laut di perairan Tanjung Balau, hari ini. - Foto ihsan Jabatan Laut Malaysia

KOTA TINGGI: Satu lagi tompokan tumpahan minyak sepanjang 1.9 kilometer ditemui pada jarak 4.5 batu nautika dari Tanjung Punggai dalam operasi pembersihan Jabatan Laut di perairan Tanjung Balau, di sini, hari ini.


Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan (Johor), Dickson Dollah, berkata tompokan selebar kira-kira 60 meter itu ditemui pasukan pemantauan Bot Al Nilam dan Bot Al Tair pada jam 12.25 tengah hari tadi.

“Susulan penemuan tompokan baharu minyak itu, operasi pembersihan dimulakan dengan semburan kimia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Media kelmarin melaporkan, Jabatan Laut mengesan satu lagi kejadian tumpahan minyak dianggarkan sebanyak 60 tan di perairan Tanjung Balau di sini, hasil maklumat yang disampaikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beribu pejabat di United Kingdom.


Kes baharu ini dikesan selepas sembilan hari Jabatan Laut menamatkan operasi pembersihan tumpahan 300 tan minyak bahan api marin (MFO) pada 25 April lalu.



20 views

Comments


bottom of page