top of page

TPM arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan


Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey di laluan yang terputus hubungan membabitkan kawasan terjejas akibat banjir di seluruh negara disegerakan. - Gambar fail/BERNAMA

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey di laluan yang terputus hubungan membabitkan kawasan terjejas akibat banjir di seluruh negara disegerakan.


Ringkasan AI

  • Pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas banjir perlu disegerakan dalam tempoh 48 jam, dengan kerjasama ATM, JKR, dan NADMA.

  • Jambatan kekal akan dibina menggantikan jambatan Bailey, dan dana mencukupi telah diperuntukkan untuk pembinaan semula jalan perhubungan desa.

  • PPS baharu dibuka untuk menampung mangsa banjir yang meningkat mendadak, dengan data awal cuaca digunakan bagi persediaan menghadapi bencana.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas. Kerjasama Kor Jurutera ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga pihak JKR negeri serta daerah diminta untuk membuat tindakan segera (gerak kerja jambatan Bailey) kerana terdapat keperluan (kepada) penduduk-penduduk untuk menghantar bantuan dan juga untuk proses menyelamat.


Jambatan kekal akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey itu dan NADMA mempunyai peruntukan yang mencukupi bersama-sama JKR dan juga ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) untuk membina semula jambatan-jambatan itu terutama jambatan kampung di kawasan jalan perhubungan desa.


Gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey perlulah dilaksanakan dalam tempoh 48 jam di kawasan yang terjejas akibat banjir.


Kira-kira tujuh lokasi (lokasi dikenal pasti untuk jambatan Bailey di seluruh negara) dan aset untuk (pembinaan jambatan) Bailey itu mencukupi.


Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberikan data seminggu lebih awal sebelum luruan dan taburan hujan itu bertambah sebagai persediaan negara menghadapi bencana banjir antaranya supaya tindakan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) dapat dilakukan lebih awal.


Sumber: Astro Awani


Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page