top of page

Titijaya Land beli Menara TM Semarak pada harga RM72 juta


Titijaya Land beli Menara TM Semarak pada harga RM72 juta
Menara TM Semarak

Titijaya Land beli Menara TM Semarak pada harga RM72 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Titijaya Land Bhd, Titijaya PMC Sdn Bhd dan Titijaya South Asia Sdn Bhd memeterai perjanjian jual dan beli bersama Menara ABS Bhd untuk membeli Menara TM Semarak pada harga RM72 juta.


Menara ABS adalah syarikat tujuan khas bagi melaksanakan program pensekuritian aset yang mana ia akan menerbitkan sekuriti hutang swasta disokong aset, termasuk sekuriti, nota, bon atau debentur bagi menjana dana kepada Telekom Malaysia Bhd (TM).


Pemaju hartanah gaya hidup bandar, Titijaya Land, berkata kumpulan berhasrat untuk mengambil alih hartanah berkenaan bagi tujuan pajakan dan menyediakan sumber pendapatan tambahan bersama projek pembangunan hartanah sedia ada.


"Pengambilalihan ini akan berpotensi membolehkan kumpulan menjana pendapatan tambahan menerusi sewaan atau pendapatan pajakan daripada penyewa sedia ada atau berpotensi, selain memudah cara kemasukan ke dalam perniagaan pusat data," katanya dalam satu makluman di Bursa Malaysia.


Harga pembelian akan dibayar sepenuhnya secara tunai, yang akan dibiayai menerusi dana janaan dalaman dan pinjaman bank.


"Melainkan berlaku sebarang kejadian tidak dijangka, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024," tambahnya.


Sumber: Berita Harian


Titijaya Land beli Menara TM Semarak pada harga RM72 juta


Comments


bottom of page