top of page

Tiga tanah runtuh dekat Cameron Highlands



Tapah: Kejadian tanah runtuh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer (km) di Batu 16 Jalan Tapah-Cameron Highlands, dekat sini, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada 8 pagi.


Katanya, kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian terbabit.


"Apabila pihak polis tiba mendapati kejadian tanah runtuh sebenarnya berlaku di tiga lokasi iaitu Batu 10 dan Batu 16 Jalan Tapah-Cameron Highlands serta dan Batu 20 Jalan Tapah-Ringlet.


"Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh pihak terbabit sehingga 12 tengah hari tadi dengan hanya satu lorong dibuka untuk laluan kenderaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, kejadian tanah runtuh itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.


Sumber: Harian Metro


12 views

Comments


bottom of page