top of page

Tiga projek jalan raya dibina, Gedong ke Samarahan


Gedong ke Samarahan
Gambar hiasan: Tiga projek jalan raya baharu bakal dibina tahun ini melibatkan jalan Gedong ke Samarahan

Gedong ke Samarahan

GEDONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan tiga projek jalan raya baharu bakal dibina tahun ini melibatkan jalan Gedong ke Samarahan serta empat laluan termasuk laluan untuk Transit Aliran Autonomi (ART) Gedong-Serian.


Menurut beliau jalan sepanjang 74 kilometer (km) itu akan menghubungkan kawasan Gedong, Samarahan dan Serian selain satu lagi projek jalan raya berkembar yang baharu menghubungkan Serian dan Gedong sepanjang 19 km juga akan dibina pada tahun ini.


“Laluan untuk ART juga akan disediakan.


Ini bermakna garisan ART ke Serian akan menghubungkan Gedong ke Samarahan terus ke Rembus yang mana kita ada Depot ART di sana”.


“Jalan-jalan ini dijangka akan dibangunkan dalam tempoh masa 48 bulan dan 36 bulan iaitu lebih kurang empat tahun dan ia dijangka akan siap dalam tempoh itu,” katanya lagi.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Daerah Gedong, di sini, semalam seperti dilapor TVS.


Tambah Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, lawatan kerja yang dilakukan hari ini menyaksikan kawasan Gedong bakal dilimpahi pembangunan dengan pelaksanaan projek jalan raya selain memberi laluan kepada pembangunan komersial.


“Kuarters kerajaan, bangunan kerajaan dan juga hotel adalah antara yang kita sedang bina di sini. Ini adalah satu proses membangunkan Gedong, Samarahan dan juga Simunjan,” jelasnya.


Dalam pada itu beliau memberitahu jalan raya menghubungkan Ulu Simunjan ke Gedong melalui jalan Gedong-Simalatong akan mula dibina dalam tempoh tiga bulan akan datang.


“Ulu Simunjan akan dihubung dengan Gedong melalui jalan Gedong-Simalatong dan projek ini akan bermula dalam masa tiga bulan pada tahun ini serta mengambil tempoh sekurang-kurangnya selama 36 bulan ataupun tiga tahun untuk siap,” katanya.


Sumber: Sarawak Voice


Comentários


bottom of page