top of page

Tiga pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik di Ranau


Gambar hiasan


KOTA KINABALU: Tiga pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Ranau pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkta, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.46 pagi tadi (13 Dis).


“Setibanya sepasukan bomba dari BBP Ranau, Komander Operasi melaporkan terdapat empat orang kontraktor menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Ranau, tiga orang mangsa terkena renjatan elektrik meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Tiga mangsa maut dikenali sebagai Wong, 54, Salleh, 34, dan Gimbal, 25. Manakala mangsa yang selamat dikenali sebagai Dani berusia lingkungan 20’an.


“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.03 tengahari,” katanya.


Sumber: Sabah Media

Comments


bottom of page