top of page

Tender 10 projek tebatan banjir selewatnya Jun ini – Anwar


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Projek tebatan banjir ditender semula selewat-lewatnya bulan Jun ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

KUALA LUMPUR – Projek tebatan banjir ditender semula selewat-lewatnya bulan Jun ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan 10 projek termasuk tambahan empat projek yang diumumkan semasa penggulungan dasar di Dewan Negara.


Anwar menegaskan perolehan rundingan terus yang dibuat dengan tergesa-gesa tanpa penelitian sebelum ini hanya membazirkan wang rakyat.


“Bagi memastikan projek tebatan banjir benar-benar mencapai matlamatnya, projek cakna rakyat dan berimpak tinggi seperti ini mesti dilaksanakan secara tender supaya menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan.


“Sebagai contoh, negara dijangka mampu jimat RM2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini. Lantaran dari itu, pelaksanaan perolehan mesti dibuat secara tender,” kata Anwar.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Negara bacaan kali kedua hari ini.


Tambah Anwar, peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah ditingkatkan kepada RM250 juta.


Ia antara lain bagi pembelian aset yang diperlukan, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.



Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page