top of page

Tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap



Hulu Selangor: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor mengesahkan kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi hari ini.


Katanya, kejadian pada jam 4.15 pagi dengan runtuhan di kawasan terbabit sepanjang kira-kira 20 meter.


"Pasukan bencana kami dimaklumkan berhubung kejadian itu.


"Laluan boleh dilalui namun masih dalam pembersihan," katanya menerusi hantaran di Facebook.


JKR Hulu Selangor berkata, laluan itu kemudian dibuka jam 7.15 pagi.


Sumber: Harian Metro

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page