top of page

Surat rayu lulus projek, lantikan terus kontraktor Air Kelantan tersebar


Surat rayu lulus projek, lantikan terus kontraktor Air Kelantan tersebar
Tangkap layar yang dimuat naik di Facebook Mohd Afiq Asyraf.

Surat rayu lulus projek, lantikan terus kontraktor Air Kelantan tersebar

KOTA BHARU: Integriti kerajaan negeri Kelantan dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) terus dipersoal susulan penyebaran beberapa surat rayuan kelulusan projek sudah dilaksanakan kontraktor pakar yang dilantik secara rundingan terus bagi pembinaan tiga loji rawatan air (LRA), di negeri ini tahun lalu.


Penyebaran enam keping surat berkaitan pembinaan LRA mini di Ketereh, Meranti Baru dan Teluk Mesira itu dimuat naik Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Kelantan (AMK), Mohd Afiq Asyraf Mohd Nazi menerusi akaun Facebook miliknya, semalam.


Dalam hantarannya itu, Mohd Afiq mempersoal arahan kelulusan yang dibuat bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan permohonan kelulusan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.


Dalam surat kepada Suruhan Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 28 April 2022, kelulusan projek LRA mini dikeluarkan merangkumi kelulusan bersyarat bagi LRA mini Ketereh dan tidak diluluskan bagi projek LRA mini Meranti Baru dan Teluk Mesira.


"Projek LRA mini Ketereh sudah dijalankan walaupun tidak dipohon kelulusan, paksa rela SPAN perlu meluluskan secara bersyarat manakala dua lagi projek diluluskan selepas surat dihantar kepada Menteri KASA bertarikh 17 Julai 2022, yang meminta diluluskan kedua projek," katanya dalam hantaran berkenaan.


Dalam salah satu surat berkenan, turut menarik perhatian apabila ia mempunyai tanda tangan Ahmad Yakob dan tanda tangan Tuan Ibrahim beserta dengan tulisan 'diluluskan dengan amaran"'.


Penyebaran surat berkenaan menimbulkan persoalan integriti AKSB yang menjalankan projek tanpa kelulusan dengan mendakwa sudah melakukan pelaksanaan 14 peratus projek walaupun belum diluluskan SPAN.


Turut dipersoal, tindakan Ahmad Yakob dan Tuan Ibrahim yang membenarkan lantikan secara terus kontraktor bagi tiga projek itu tanpa membuat tender terbuka.


Mohd Afiq turut menulis "di mana integriti AKSB sebagai water operator yang tiada pesaing di negeri ini?


Setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan AKSB mahupun kerajaan negeri berhubung penyebaran surat-surat ini.


Sumber: Berita Harian


Surat rayu lulus projek, lantikan terus kontraktor Air Kelantan tersebar


Surat rayu lulus projek, lantikan terus kontraktor Air

コメント


bottom of page