top of page

Sunway Property rekod tempahan luar biasa RM1 bilion


Sunway Property rekod tempahan luar biasa RM1 bilion
Sunway Property

Sunway Property rekod tempahan luar biasa RM1 bilion

KUALA LUMPUR: Syarikat hartanah Sunway Bhd, Sunway Property merekodkan nilai tempahan luar biasa sebanyak RM1 bilion daripada kempen terbaharunya Signature Series 2023.


Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property, Gerard Yuen, berkata pencapaian itu adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen Signature Series tahun lalu sebanyak RM800 juta.


Beliau berkata, kejayaan kempen itu adalah sokongan berterusan daripada pembeli terhadap falsafah reka bentuk Sunway Design and Development Architecture (SDDA).


Katanya, pencapaian itu sekali gus membuktikan SDDA adalah langkah berjaya dalam memberikan nilai tambah kepada pembeli rumah.


"Kami akan terus memberikan nilai dengan memastikan bahawa setiap 'Signature Home' yang kami cipta dengan standard tertinggi kemampanan, inovasi, kesihatan & kesejahteraan serta gaya hidup & pengalaman baharu membolehkan komuniti terus berkembang maju.


"Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 pada tahun depan, kami tidak sabar untuk melancarkan kempen lebih besar yang boleh diharapkan oleh pembeli," katanya dalam satu kenyataan.


Yuen berkata, satu aspek utama kempen Signature Series 2023 ialah kemasukan automatik pembeli rumah baharu ke dalam keahlian Komuniti MCD Sunway Property.


Beliau berkata, keahlian itu memberikan pembeli rumah akses kepada rangkaian perkhidmatan pasca jualan termasuk Rent+, Care+ dan Reward+, menjadikan keahlian Komuniti MCD benar-benar istimewa dan unik.


Katanya, keahlian Komuniti MCD direka untuk menawarkan lebih daripada pengalaman membeli rumah biasa.


"Ia memastikan setiap penduduk terus berasa dihargai dan disokong sepanjang perjalanan pemilikan rumah mereka.


"Tambahan pula, faedah keahlian melangkaui pembeli rumah, ia juga tersedia kepada pembeli sub-jualan dan penyewa Sunway Property.


"Tawaran di bawah keahlian termasuk program kredit sewa, perkhidmatan penjagaan rumah seperti pembersihan dan ganjaran gaya hidup menarik lain daripada ekosistem Sunway," katanya.


Projek yang terbabit dalam kempen itu adalah Sunway Serene, Sunway Artessa, Sunway d'hill, Sunway Velocity TWO, Sunway Belfield, Jernih Residence, Sunway Alishan Residences dan Sunway Flora Residences di Lembah Klang.


Pembangunan di Johor pula terdiri daripada Sakura Residence, Sunway Citrine Residences, Sunway Emerald Residence, Sunway Lenang Heights, Sunway GRID Residence dan Sunway Aviana.


Projek di Ipoh ialah Sunway Onsen Suites dan Sunway Bayu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi manakala pembangunan di Pulau Pinang ialah Sunway Dora.


Sumber: Berita Harian


Sunway Property rekod tempahan luar biasa RM1 bilion


17 views

Commentaires


bottom of page