top of page

Sunway-Hoi Hup ambil alih Flyn Park RM1.15 bilion


Tapak Flynn Park bernilai tinggi kerana terletak di lokasi strategik.

PETALING JAYA – Sunway Berhad menerusi usaha sama dengan pemaju dari Singapura, Hoi Hup Realty berjaya mengambil alih Flynn Park, iaitu pembangunan kondominium di Pasir Panjang, Singapura dengan bidaan bernilai dolar Singapura 371 juta (RM1.15 bilion).


Flynn Park merupakan blok kondominium dengan 72 unit kediaman yang dibina pada tahun 1986 dan dibuka untuk pembidaan pada hujung Julai lalu.


Ia terletak atas plot tanah berstatus pegangan bebas seluas 1.94 hektar di lokasi strategik, hanya 350 meter dari stesen MRT Pasir Panjang serta berdekatan kawasan tarikan lain seperti Pusat Makanan Pasir Panjang, Mapletree Business City, VivoCity dan Pulau Sentosa.


Sunway menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, Sunway Property dan Hoi Hup berhasrat membangunkan semula tapak berkenaan kepada kondominium moden, dengan memanfaatkan kelebihan lokasinya di lereng bukit, pinggir pusat bandar, bersebelahan kemudahan pengangkutan awam dan taman Kent Ridge.


“Menerusi pengambilalihan ini, bank tanah Sunway Property sehingga kini adalah seluas 3,339 ekar (1,351 hektar), dengan potensi nilai pembangunan kasar RM54.4 bilion,” katanya.


Pembangunan semasa Sunway Property di Singapura termasuk kondominium swasta di Clementi, Ki Residences dan kondominium eksekutif di Tampines, Parc Central.


Kedua-dua projek berkenaan berjaya menarik sambutan baik selepas pelancaran, masing-masing dengan kadar pengambilan sebanyak 60 peratus dan 85 peratus.


Sumber: Kosmo!

Komentar


bottom of page