top of page

Sultan Ibrahim cadangkan pembinaan hospital baharu di Johor secara PFI


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar
Gambar hiasan: Perkhidmatan perubatan di negeri Johor perlu di tambah baik dengan cadangan pembinaan sebuah hospital baharu berkapasiti 1,500 katil secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berharap perkhidmatan perubatan di negeri ini bertambah baik dengan cadangan pembinaan sebuah hospital baharu berkapasiti 1,500 katil secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).


Isu itu dibangkitkan Sultan Ibrahim selepas berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, hari ini.


Berangkat sama pada pertemuan itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


Selain itu, antara intipati lain yang dibincangkan adalah mengenai keperluan Kementerian Kesihatan (KKM) menitikberatkan kualiti perkhidmatan perubatan, kemudahan serta kebersihan di hospital kerajaan di negeri ini.


Majlis menghadap Sultan dan Permaisuri Johor itu berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.


Sumber: Berita Harian


Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page