top of page

Sukuk Wakalah UDA catat langganan RM525 juta


Sukuk Wakalah UDA catat langganan RM525 juta
UDA Holdings Bhd (UDA)

Sukuk Wakalah UDA catat langganan RM525 juta

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd (UDA) baru-baru ini menamatkan proses tawaran persendirian bagi penerbitan pertama Program Sukuk Wakalah dan berjaya mencatat langganan bernilai RM525 juta yang dilanggan sepenuhnya oleh pelabur tempatan.


Terbitan ini adalah dalam bentuk Kertas Kerja Komersial Islam (ICP) dan Nota Kewangan Jangka Sederhana Islam (IMTN).


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kejayaan menerbitkan Program Sukuk Wakalah melebihi RM500 juta ini membuktikan keyakinan pelabur atas keupayaan UDA terus kekal relevan dan memainkan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.


Beliau menambah, pada tahun ini, nilai projek pelancaran baharu pembangunan UDA dianggarkan sebanyak RM1.3 bilion dan kesemua hartanah itu dibangunkan di kawasan strategik seluruh negara serta kawasan yang dikenal pasti akan meningkat nilai hartanahnya di masa depan.


"Saya juga ingin menyarankan UDA untuk meneroka potensi pembangunan ruang niaga di Sabah bagi membolehkan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana mendapat faedah daripada penerbitan sukuk terbabit," kataya dalam satu kenyataan.


Untuk tahun ini, antara lokasi pelancaran projek yang dikenal pasti ialah di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Pahang dan Terengganu.


Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany, berkata dana yang dikumpul akan digunakan untuk membayar semula pembiayaan sedia ada, membiayai projek pembangunan komersial, perumahan, perindustrian, pembangunan projek wakaf serta modal kerja.


Katanya, ia juga akan meletakkan UDA di landasan tepat untuk memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat dijalankan mengikut strategi yang ditetapkan.


"UDA yang kini mempunyai jumlah aset bernilai RM3.7 bilion turut memegang rizab tanah seluas 1,014 ekar dengan taksiran harga pasaran RM2.6 bilion.


"Hasil daripada penerbitan sukuk ini dan juga perancangan strategik yang digariskan, UDA mampu untuk terus komited menjadi peneraju utama dalam sektor pembangunan hartanah negara," katanya.


Mohd Salem berkata, inisiatif ini seiring dengan penjenamaan UDA iaitu 'L.I.F.E.' yang menekankan kepada ciri-ciri 'Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa', seterusnya bergerak ke arah kelestarian.


"Ia juga diharap dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan nilai Malaysia Madani," katanya.


Penasihat utama tunggal untuk pelaksanaan program Sukuk Wakalah UDA adalah RHB Investment Bank Bhd.


Sumber: Berita Harian


Sukuk Wakalah UDA catat langganan RM525 juta


ความคิดเห็น


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page