KUALA LUMPUR: Stella Holdings Bhd dianugerahkan projek pembangunan bercampur yang bernilai RM91.36 juta oleh Warisan Kesumi Enterprise Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata anak syarikat milik penuhnya, Mewah Kota Sdn Bhd dilantik sebagai subkontraktor yang berkaitan dengan kerja-kerja struktur, seni bina dan mekanikal serta elektrikal untuk projek itu.
Projek itu terletak di Lot 252 dan 3117, Mukim 4, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Kontrak itu adalah untuk tempoh 25 bulan dari tarikh pemilikan tapak dan tarikh siap adalah pada 27 Ogos 2025.
Projek itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Stella untuk tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak.
Ia juga berkata, kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Stella.
Sumber: Berita Harian
Stella dapat projek pembangunan bercampur di Pulau Pinang
Comments