top of page

Stadium Shah Alam baharu dijangka mula dibina hujung 2023


Stadium Shah Alam baharu dijangka mula dibina hujung 2023
Kompleks Sukan Shah Alam

Stadium Shah Alam baharu dijangka mula dibina hujung 2023

KUALA LUMPUR: Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang akan turut menempatkan Stadium Shah Alam baharu dijangka bermula pada suku keempat ini.


Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata kerja pembangunan dianggarkan bernilai di antara RM700 juta hingga RM1 bilion itu mungkin dilaksanakan melalui pertukaran tanah dengan kerajaan negeri.


"Dengan berakhirnya pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan pengekalan status quo, meredakan ketidaktentuan politik yang membayangi sektor pembinaan selama ini.


"Melangkah ke hadapan, kerajaan pusat berkemungkinan akan mengukuhkan kedudukannya dengan menumpukan segala usaha ke arah melaksanakan program-program prasarana, dan menjalankan agenda pembaharuannya.


"Kemajuan pembangunan projek peringkat negeri mungkin akan bertambah. Projek yang dibiayai kerajaan seperti pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam mungkin akan mula berjalan pada suku keempat," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Adam berkata, beberapa lagi projek prasarana mungkin akan dibangunkan dengan lebih giat lagi selepas PRN kali ini, membabitkan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang sedang menjalani ujian penilaian kos, Transit Aliran Ringan Bayan Lepas (BLLRT), dan fasa yang berbaki bagi Lebuh Raya Pan Borneo.


"Lebih penting lagi, projek tebatan banjir di seluruh negara di bawah kelolaan kerajaan pusat (yang awalnya disasarkan bermula pada Jun) yang menelan belanja RM10.9 bilion di bawah proses tender pralayak turut akan dijalankan dengan lebih pantas.


"Oleh itu, tawaran nilai kerja yang dianugerahkan kepada pihak kontraktor pada bulan-bulan seterusnya mungkin akan meningkat. Jumlah nilai kerja pembinaan yang diterima pada tujuh bulan pertama 2023 mencecah RM59.4 bilion mengikut data yang diperoleh daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).


"Bagi BLLRT yang sekarang dibiayai oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjaya mengekalkan kepimpinannya mungkin dapat bekerjasama dengan lebih bai untuk melancarkan pembangunan BLLRT yang disasarkan sebelum hujung tahun ini," katanya.


Beliau menambah, pada keseluruhannya, RHB Investment Bank mengekalkan saranan 'wajaran tinggi' terhadap sektor pembinaan kerana keputusan PRN kali ini akan membuka jalan mudah untuk projek-projek prasarana digerakkan.


"Permintaan berterusan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mungkin dapat membantu menambah baik sentimen berkenaan sektor ini," katanya.


Sumber: Berita Harian


Stadium Shah Alam baharu dijangka mula dibina hujung 2023


Comments


bottom of page