
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Isnin lalu dipercayai berkaitan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.
Susulan serbuan itu, difahamkan tiga individu ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor, mengesahkan kehadiran pegawai SPRM ke ibu pejabatnya di Seksyen 14, di sini Isnin lalu.
"Memang benar tetapi bukanlah serbu, saya juga tidak pasti, cuma kita belum dapat maklumat sebenar kes apa yang disiasat.
"Kita masih belum mendapat penjelasan lanjut dari SPRM. Pihak SPRM sahaja yang boleh mengesahkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Berita Harian
Comments