top of page

Southern Score raih pendapatan suku kedua RM59.35 juta


Southern Score Bhd
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score Builders, Gan Yee Hin.

Southern Score Bhd

KUALA LUMPUR: Southern Score Bhd, penyedia perkhidmatan pengurusan pembinaan khusus untuk bangunan kediaman bertingkat tinggi mencatatkan hasil sebanyak RM59.35 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022.


Kumpulan mencatat kerugian selepas cukai (LBT) 430,000 pada suku kedua tahun kewangan 2023 disumbangkan oleh faktor perbelanjaan pengambilalihan terbalik secara sekali sahaja berjumlah RM14.63 juta yang menjadi sebahagian daripada pelan regularisasi yang telah siap pada 9 November 2022.


Syarikat dalam satu kenyataan berkata, jika tidak kerana perbelanjaan untuk pengambilalihan terbalik, kumpulan mampu meraih keuntungan sebelum cukai (PBT) RM14.2 juta pada suku kedua tahu kewangan 2023.


Berikutan pelan regularisasi, maka tidak ada perbandingan dengan suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score Builders, Gan Yee Hin berkata, pihaknya optimis terhadap prospek Kumpulan berdasarkan projek yang sedang berjalan dan potensi untuk mendapatkan projek baharu pada suku-suku akan datang.


"Kami percaya momentum pertumbuhan sektor pembinaan domestik akan berterusan selepas berkembang 8.8 peratus pada 2022 berdasarkan perangkaan terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya di sini hari ini.


Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2022, Southern Score Builders mencatatkan pendapatan sebanyak RM110.47 juta dan PBT sebanyak RM9.46 juta.


Kumpulan akan mendaftarkan PBT sebanyak RM24.09 juta untuk 1H FY2023 jika tidak untuk perbelanjaan pengambilalihan terbalik yang ditanggung di bawah pelan regularisasi.


Kumpulan kekal dalam kedudukan kewangan yang kukuh untuk meneruskan rancangan pertumbuhan dan pengembangannya, dengan baki tunai dan setara tunai pada akhir separuh pertama tahun kewangan 2023 berjumlah RM108.22 juta.


"Kumpulan telah mengambil bahagian dalam beberapa tender kerajaan dan swasta dan juga meneroka peluang dalam projek lain yang boleh menghasilkan pendapatan jangka panjang dan mapan.


"Tumpuan strategik kekal memperluaskan perkhidmatan pembinaan kami sambil memanfaatkan kepakaran dan rangkaian perniagaan kami.


"Sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan, kami juga menceburi pembuatan produk Sistem Binaan Berindustri kerana kami melihat permintaan yang semakin meningkat daripada sektor pembinaan." katanya lagi.


Beliau menambah dengan mengambil kira prospek Kumpulan, dijangka mencapai sasaran keuntungan sepanjang tempoh jaminan keuntungan yang menjadi jaminan keuntungan bersih terkumpul sebanyak RM80 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024 yang disediakan oleh vendor, Super Advantage Property Sdn Bhd di bawah pelan regularisasi.


Jaminan berkenaan, katanya, utuh dan baik pada sasaran.


Sumber: Berita Harian


4 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page