top of page

Solarvest majukan projek solar di Chuping, Perlis



KUALA LUMPUR: Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) memperoleh satu lagi projek solar berskala besar (LSS) bernilai RM175 juta di bawah program LSS@Mentari.


Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kontrak berkenaan diperoleh daripada Classic Solar Farm Sdn Bhd bagi pembangunam loji LSS di Chuping, Perlis.


Kumpulan berkenaan akan melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bagi ladang solar 50 megawatt (MW).


Projek terbaharu itu adalah termasuk kontrak EPCC Solarvest yang diperoleh daripada program the LSS@Mentari meningkat kepada kira-kira RM371 juta.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong, berkata projek terbaharunya itu dijangka menjadi loji solar terbesar di Perlis yang mana janaan tenaga bersihnya akan mengimbangi sekitar 78,450 tan karbon dioksida (CO2) setahun selepas ia beroperasi.


"Kami gembira diberi kepercayaan untuk membina satu lagi projek mercu tanda dan membantu meneroka tenaga bersih dari wilayah Utara.


"Dengan kejayaan projek ini, kontrak belum dibil kami meningkat kepada RM583 juta, berkemungkinan menjadi antara kontrak solar EPCC terbesar di Malaysia hari ini.


"Ini akan menjadi tahun yang sibuk untuk Solarvest ketika kami terus meningkatkan penguasaan pasaran kami di semua segmen pasaran utama kami.


"Solarvest secara kolektif menawar projek bernilai kira-kira 1,000MWp di seluruh kawasan operasi kami di Malaysia, Taiwan dan Filipina kami," katanya.


Selaras dengan pelan pertumbuhan syarikat, Chun Shiong berkata, Solarvest sedang meningkatkan jumlah tenaga kerja untuk memenuhi permintaan yang semakin melonjak.


"Dalam masa yang mencabar ini, Solarvest terus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi sumbangan positif kepada ekonomi tempatan.


"Ia semakin mengukuhkan keyakinan kita bahawa tenaga boleh diperbaharui akan terus memainkan peranan penting dalam mendorong pemulihan ekonomi di Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Harian

Comentarios


bottom of page