top of page

Solarvest dipilih sebagai penjual penjana tenaga kapasiti 29.99MWac oleh TNB



KUALA LUMPUR 12 Nov - Solarvest Bhd dipilih sebagai penjual penjana tenaga kapasiti 29.99 Megawatt (MWac) oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di fasiliti penjanaan tenaga solar fotovoltaik. 


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Solarvest menandatangani Pengaturan Penghantaran Dipertingkat Baharu (NEDA) dengan TNB  melalui anak syarikat 30% miliknya, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB). 


SPESB ditubuhkan oleh Blazing Solar Sdn Bhd (BSSB), anak syarikat milik 100% Solarvest, Savelite Engineering Sdn Bhd (SESB) dan TNB Renewables Sdn Bhd (TRSB) untuk melaksanakan projek tersebut.


Katanya, 30% saham SPESB dipegang oleh BSSB, 40% daripadanya dipegang oleh SESB dan 30% dipegang oleh TRSB.


"Menurut NEDA tersebut, SPESB akan membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara fasiliti penjanaan tenaga solar fotovoltaik.


"Fasiliti tersebut akan menjana tenaga boleh diperbaharui (RE) dan seterusnya akan melalui Perjanjian Kuasa Hijau Korporat (CGPA) kepada Micron Semiconductor Malaysia Sdn Bhd.


"Sepanjang tempoh CGPA, pelanggan korporat akan mengambil alih RE yang dihasilkan oleh fasiliti itu, bersama-sama dengan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) yang digabungkan, selama 21 tahun dari tarikh operasi komersial.


"NEDA tersebut dijangka tidak memberi sebarang kesan ke atas aset bersih dan pendapatan Solarvest bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.


"Kumpulan Solarvest menjangkakan sumbangan pendapatan masa depan yang positif daripada fasiliti sepanjang tempoh 21 tahun operasinya," katanya. 


Sumber: Dagang News

Comments


bottom of page