KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya belum menyatakan persetujuan mengenai pelaksanaan sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Timbalan Menteri KKR berkata ketika ini rundingan masih lagi dijalankan dengan semua syarikat konsesi mengenai MLFF atau konsep plaza tol tanpa palang seperti yang sudah dilaksanakan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.
Mengenai MLFF tempoh rundingan berdasarkan perjanjian adalah sehingga 16 Disember 2024 yang mana pelaksanaan ini akan menyaksikan berlakunya konsesi atas konsesi.
Kita ada 33 syarikat konsesi (lebuh raya) dan yang ini nak dikonsesiakan pula kaedah MLFF. Masalahnya tak semua konsesi bersetuju yang mana 20 (syarikat) konsesi dalam rundingan dan 13 lagi belum setuju.
Jadi kita tunggu sehingga 16 Disember depan, kalau tak dapat (persetujuan) semua 33 (syarikat konsesi), kita akan buat cadangan lain.
Pelaksanaan MLFF juga memerlukan kepada pindaan akta tertentu dilakukan antara lain untuk mengekang tindakan pihak yang mengelak daripada bayaran tol.
Palang tol adalah bentuk kawalan yang mana jika ada kenderaan yang tidak melakukan bayaran, maka ia dapat dilihat dengan jelas.
Yang tak bayar tol ni 1.01 peratus, sama ada mereka langgar (palang tol) yang mana sikit sangat atau 'tailgating' (ikut rapat).
Kalau dah ada sistem tol yang tak ada rumah macam sekarang, mereka yang tak bayar tol akan bertambah. Jadi kena pinda akta untuk lihat siapa nak bayar bagi mereka yang lari daripada bayar tol.
Tingkat kecekapan RFID
Menjawab soalan Muhammad Fawwaz sama terdapat usaha menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID atau pengenalan frekuensi radio, perkara itu sentiasa dilakukan kementerian bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya.
Bagaimanapun, beberapa isu sudah dikenal pasti membabitkan aspek teknikal dan operasi dalam pelaksanaan kutipan tol melalui teknologi RFID.
Bagi isu teknikal, syarikat konsesi lebuh raya sudah melaksanakan kerja-kerja penalaan dengan lebih kerap di lorong-lorong RFID.
Manakala bagi isu operasi, syarikat konsesi lebuh raya sentiasa membuat hebahan kesedaran kepada pengguna agar mempunyai baki e-wallet yang mencukupi sebelum melalui plaza tol bagi melancarkan proses pembayaran tol.
Dengan pelaksanaan usaha-usaha itu, ia dapat mempertingkatkan prestasi dan kecekapan sistem RFID.
Keperluan penambahan lorong RFID di setiap plaza tol juga dipantau dari semasa ke semasa melalui ambang yang telah ditetapkan.
Sehingga kini sebanyak 580 daripada 2,348 lorong atau 24 peratus RFID di plaza tol terpilih disediakan bagi memastikan pengguna dapat membuat transaksi tol menggunakan RFID dengan lebih lancar.
Sumber: Berita Harian
Comentários