top of page

Sistem Smart Traffic Light mula digunakan di Seremban



SEREMBAN: Sistem ‘Smart Traffic Light’ (STL) telah mula digunakan di Jalangan Sungai Ujong, Seremban.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, STL tersebut telah siap dipasang pada Oktober dan kini berada dalam proses pengujian.


“Sistem ini bertujuan melaksanakan Program Green Wave supaya aliran lalu lintas dapat berjalan dengan lebih efisien sekaligus mengurangkan kesesakan.

“Perubahan turutan fasa (phasing) di setiap simpang yang terlibat juga akan diselaraskan semula mengikut kesesuaian aliran trafik.


“Selain itu, beberapa pendekatan juga turut diambil bagi perubahan fasa termasuk penukaran fasa masa (timing), penyesuaian fasa untuk mengelakkan kesesakan dan penggunaan sistem kawalan pintar (At VirtualLoop Sensor),” kata Nicole.


Sumber: Negeri Kita

Comments


bottom of page