top of page

Sime Darby Property bangun gudang siap bina di Bandar Bukit Raja


Sime Darby Property bangun gudang siap bina di Bandar Bukit Raja Berita Harian www.bharian.com.my
Lakaran artis gudang siap bina di Bandar Bukit Raja Industrial Gateway

KLANG: Sime Darby Property Bhd, Mitsui and Co Ltd dan Mitsubishi Estate Co Ltd sedang membangunkan gudang siap bina pelbagai penyewa di Bandar Bukit Raja Industrial Gateway, Klang.


Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata gudang siap bina itu adalah projek ketiga oleh syarikat usaha samanya, SDMIT Development Sdn Bhd, di Bandar Bukit Raja.


"Gudang siap bina dua tingkat itu merangkumi keluasan lantai kasar kira-kira 45,243.78 meter persegi dan mempunyai reka bentuk ruang yang fleksibel serta rangkaian kemudahan moden lain untuk memenuhi keperluan penyewa dan menyokong rancangan pengembangan pada masa akan datang.


"Pembinaan gudang siap bina ini bermula pada Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada separuh kedua 2023 dan saya yakin kita semua pastinya teruja untuk melihat hasil akhir pembangunan ini," katanya pada majlis pecah tanah, di sini, hari ini.


Sementara itu, Exco Pelaburan, Industri, Perdagangan serta Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata projek itu bukan sahaja bagi pengembangan sektor perindustrian Selangor tetapi juga keseluruhan pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus memberi peluang kepada pelabur untuk menjadikan Bandar Bukit Raja sebagai pangkalan perindustrian baharu mereka.


"Projek ini akan menyumbang kepada visi negeri untuk menjadi hab berpotensi bagi pelabur domestik dan antarabangsa dan pada masa yang sama, mewujudkan nilai mampan untuk 'rakyat' dan generasi akan datang," katanya.


Projek gudang siap bina itu telah memperoleh penyewaan dahuluan komitmen untuk keseluruhan gudang oleh CEVA Logistics, sebuah syarikat logistik dan rantaian bekalan global, bersama-sama dengan SL Ng, penyedia perkhidmatan pengembangan pasaran barangan pengguna yang bergerak pantas di Malaysia.


Sumber: Berita Harian


Comments


bottom of page