top of page

Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok


Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok
Polis forensik dan pasukan keselamatan memeriksa tapak kemalangan di mana galang logam besar di lebuh raya bertingkat sedang dalam pembinaan di Lat Krabang, Bangkok di Thailand. - Foto AFP

Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok

BANGKOK: Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala lapan lagi cedera akibat dihempap runtuhan galang logam besar di Bangkok dengan video kejadian mengerikan itu turut dikongsikan secara dalam talian.


Galang di projek pembinaan Tol Lat Krabang di timur Bangkok itu runtuh lewat petang tadi, menyebabkan pejalan kaki dan pemandu tidak sedar kejadian terbabit.


Ia adalah sebahagian daripada projek pembinaan lebuh raya bertingkat dalam usaha menyuraikan kesesakan lalu lintas di Bangkok.


Menerusi video dikongsi Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana negara, galang logam yang sangat besar disambungkan ke bahagian lebuh raya belum siap itu bergegar sebelum runtuh.


Polis berkata, sekurang-kurangnya seorang maut, manakala lapan lagi cedera akibat kejadian itu.

Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok
Orang ramai melihat runtuhan lebuh raya bertingkat sedang dalam pembinaan di Lat Krabang, Bangkok di Thailand. - Foto AFP

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti serta tidak memiliki maklumat berhubung individu hilang, selain menjelaskan empat mangsa mengalami cedera parah.


Beliau berkata, pasukan penyelamat menunggu analisis jurutera berhubung runtuhan terbabit, sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


"Kita sangat mengutamakan keselamatan dan operasi SAR akan dijalankan secara berhati-hati," katanya.


Klip yang dikongsi secara dalam talian oleh seorang pekerja penyelamat menunjukkan runtuhan itu, selain siren berbunyi ketika penduduk dan orang ramai yang terkejut meninjau kerosakan.

Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok
Pekerja keselamatan memeriksa tapak kemalangan di mana galang logam besar di lebuh raya bertingkat sedang dalam pembinaan di Lat Krabang, Bangkok di Thailand. - Foto AFP

Galang terbabit dan sebahagian besar lebuh raya dalam pembinaan yang turut roboh, dilihat menghalang jalan.


Thailand memiliki rekod keselamatan pembinaan yang lemah dengan kemalangan adalah perkara biasa yang berlaku.


Sekurang-kurangnya 13 maut selepas bangunan runtuh ketika dalam pembinaan, pada 2016.


Tragedi itu menyebabkan bantahan baharu daripada kumpulan buruh, yang sudah lama memberi amaran mengenai standard keselamatan longgar dan kadar gaji rendah di tapak pembinaan Thailand. - AFP


Sumber: Berita Harian


Seorang maut, 8 cedera ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok

Komentáře


bottom of page