top of page

Seorang lagi individu ditahan berhubung projek lebuh raya


Suspek rasuah projek lebuh raya ditahan SPRM di Lembah Klang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang suspek berusia 40-an kerana disyaki terlibat dalam rasuah projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang.

Berita terkini industri pembinaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lagi individu kerana turut disyaki terbabit rasuah membabitkan kerja-kerja menyiapkan satu pakej pembinaan Projek Lebuh Raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang.


Perintah reman selama tiga hari sehingga 28 Jun 2024 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.


Menurut sumber, suspek telah meminta dan menerima rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan kerana melantik syarikat-syarikat tersebut untuk mengambil alih kerja-kerja menyiapkan lebuh raya berkenaan yang sebelum ini dijalankan oleh satu syarikat lain.


Katanya, penahanan suspek adalah susulan tangkapan terhadap lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya oleh SPRM sebelum ini kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.


“Suspek kesembilan ini telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 7 malam tadi.


“Jumlah rasuah yang membabitkan kesemua suspek masih lagi dalam siasatan bagaimanapun pembinaan dua projek lebuh raya ini keseluruhannya berjumlah hampir RM11 bilion,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.



Seorang lagi individu ditahan berhubung projek lebuh raya

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page