top of page

Selangor beli jentera tampal jalan, atasi isu jalan rosak


Jentera tampalan jalan Jetpatcher di Selangor untuk penyelenggaraan jalan berlubang
Jentera Jetpatcher digunakan untuk mempercepat proses tampalan jalan berlubang di Selangor, menjimatkan masa dan kos operasi.

Berita terkini penyelenggaraan jalan di Malaysia dengan jentera Jetpatcher di Selangor.

Shah Alam: Kerajaan negeri menerima jentera tampalan jalan atau 'jetpatcher' pertama bernilai RM1 juta untuk melakukan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan raya di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, penggunaan 'jetpatcher' ini akan bermula di daerah Kuala Selangor dan diikuti daerah lain mengikut keutamaan.


Menurutnya, pembelian 'jetpatcher' dari United Kingdom ini bertujuan menyelenggara jalan-jalan utama yang mengalami masalah kerosakan seperti berlubang di negeri ini


"Jetpatcher berteknologi canggih ini mempunyai banyak kelebihan seperti menjimatkan masa dan kos operasi berbanding kaedah konvensional.


"Kita beli untuk bantu menyelesaikan isu jalan-jalan berlubang di negeri ini. Berbanding kaedah konvensional, 'jetpatcher' terus kepada bancuhan panas, yang suhunya kekal 45 darjah.


"Jetpatcher ini boleh menyiapkan satu lubang sekitar 10 hingga 15 minit, satu lori ada 2.5 meter padu bancuhan. Kalau operasi tampalan berterusan, 'jetpatcher' boleh menyiapkan 80 lubang sederhana besar dengan tampalan lebih cepat," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program perasmian Jentera Tampalan Jalan (Jetpacher) InfraSel Sdn Bhd, di sini, hari ini.


Katanya, pada masa ini, seramai 15 petugas sedang menjalankan latihan untuk mengendalikan 'jetpatcher ini.


"Ini masih tempoh percubaan. Sekiranya memberikan kesan yang baik kepada pengurusan penyelenggaraan lubang jalan-jalan ini, kita akan tambah lagi 'jetpatcher'," katanya.


Sumber: Harian Metro


Selangor beli jentera tampal jalan, atasi isu jalan rosak

Comments


bottom of page