top of page

Sektor pembinaan diunjur berkembang positif, tumpuan kontraktor utama terarah kepada pusat data serta kemudahan industri


Pembangunan infrastruktur sektor pembinaan Malaysia dengan fokus kepada pusat data dan kemudahan industri pada tahun 2024.
Pertumbuhan positif sektor pembinaan Malaysia pada tahun 2024 dengan fokus pada projek pusat data dan kemudahan perindustrian.

Berita terkini industri pembinaan Malaysia, termasuk projek infrastruktur, pusat data, dan kemudahan perindustrian.

KUALA LUMPUR 12 Sept - Sektor pembinaan diunjur berkembang positif dengan kebanyakan kontraktor utama lebih tertumpu kepada projek yang lebih baik seperti pusat data serta kemudahan perindustrian dan tidak lagi kepada pembinaan hartanah.


RHB Investment berkata, keadaan itu mungkin menyediakan peluang yang mencukupi untuk kontraktor bersaiz sederhana seperti Vastland dan Inta Bina untuk memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah.


Katanya, pelancaran kontrak (swasta dan kerajaan) secara amnya aktif setakat ini, dengan projek pembinaan bernilai RM127 bilion diberikan bagi tempoh lapan bulan 2024, iaitu 41% lebih tinggi daripada RM90 bilion yang direkodkan pada lapan bulan 2023.


Firma penyelidian tu berkata, apabila diteliti lebih lanjut, nilai projek kerajaan yang dianugerahkan dalam lapan bulan 2024 (RM33.5 bilion) hampir menyamai RM36 bilion yang disiarkan untuk 2023, menunjukkan anugerah projek bagi sektor awam semakin meningkat.


"Secara keseluruhannya, kami percaya kontraktor akan mencatatkan pengebilan kemajuan yang lebih baik dan ia terbukti daripada jumlah nilai kerja yang dilakukan sebanyak RM38.9 bilion adalah tertinggi dalam rekod," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 


RHB Investment berkata, keputusan sama ada LRT (dianggarkan RM17 bilion) atau Transit Aliran Autonomi Tinggi atau EART (dianggarkan RM7 bilion) akan dilaksanakan di Johor adalah berkait rapat dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan diketahui pada suku keempat tahun ini.


Katanya, selain itu, lebuh raya utama yang boleh melihat perkembangan selanjutnya ialah Lebuhraya Span Ipoh Barat (RM5.8 bilion) dan Lebuhraya Sungai Klang Link (RM9 bilion).


"Kami mengekalkan saranan 'overweight' untuk sektor itu," katanya.


Firma penyelidikan itu berkata, pilihan utama dalam sektor itu termasuk Gamuda Bhd, Kerjaya Prospek  dan Sunway Construction disokong aliran kontrak yang stabil serta keterlihatan pendapatan yang membanggakan dalam tempoh dua tahun akan datang.


Katanya, sektor itu bagaimanapun berdepan beberapa risiko termasuk kelembapan yang tidak dijangka dalam pelancaran pekerjaan, kekurangan tenaga secara tiba-tiba dan risiko Malaysia dijadikan landasan pelancaran untuk akses China kepada cip mewah yang diharamkan oleh Amerika Syarikat, yang boleh menghalang prospek pusat data. 


Sumber: Dagang News


Sektor pembinaan diunjur berkembang positif, tumpuan kontraktor utama terarah kepada pusat data serta kemudahan industri

Commenti


bottom of page