top of page

Sektor hartanah Johor makin rancak – MB


Sektor hartanah Johor makin rancak – MB
Onn Hafiz berkata jumlah tersebut mencatatkan lebih 2,000 penurunan berbanding isu yang sama dihadapi oleh sektor berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Sektor hartanah Johor makin rancak – MB
JOHOR BAHRU – Sektor hartanah Johor dilihat semakin rancak susulan perkembangan positif akibat penurunan jumlah rumah tidak terjual di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah tersebut mencatatkan lebih 2,000 penurunan dan masalah itu tidak lagi dihadapi oleh sektor berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

“Februari tahun lalu, lebih daripada 16,000 kediaman tidak terjual khususnya unit apartmen di Johor namun jumlah itu berkurang di mana ketika ini hanya tinggal 13,683 unit kediaman tidak terjual.

“Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan dengan pemaju hartanah bagi mengkaji kaedah terbaik yang membolehkan situasi menang-menang antara pemaju dan pembeli,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Onn Hafiz, beliau juga tidak mahu projek-projek perumahan di Johor menjadi projek ‘gajah putih’ kerana hasrat utama kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan perumahan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya percaya kerjasama erat antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan diperlukan untuk memperbanyak projek perumahan buat segenap lapisan masyarakat,” katanya.


Sektor hartanah Johor makin rancak – MB


Comments


bottom of page