top of page

SBC bakal bangunkan bandar baharu di Cyberjaya



SHAH ALAM: Projek Selangor Business Capital (SBC), di Cyberjaya bakal mewujudkan membangunkan bandar baharu di kawasan Selatan Selangor.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata projek berkenaan juga mempercepat pembangunan pelbagai infrastruktur moden yang menjadi asas kepada pertumbuhan bandar baharu.


"Kita yakin SBC bakal mengubah landskap dan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelbagai limpahan manfaat kepada negeri serta negara.


"Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pihak yang membangunkan pusat ekonomi baharu ini akan memohon kebenaran merancang pada suku pertama tahun depan.


"Bagaimanapun, kita akan meneliti dan mengukur pembangunan sektor hartanah yang turut terkesan akibat COVID-19," katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.


Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) berhubung status SBC.


Amirudin berkata, kerajaan negeri sedang menilai rakan strategik serta pelabur berpotensi untuk melabur projek SBC.


"Kita bercadang mengadakan prapelancaran dalam tempoh terdekat, seterusnya kita akan kemudian kita akan mengenal pasti pelabur berpotensi yang berminat menyertai pembangunan SBC.


"Pembangunan projek itu sepatutnya dimulakan tahun ini namun penularan COVID-19 menjejaskan perancangan yang dilakukan," katanya.


SBC bakal dibangunkan PKNS di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya di kawasan seluas 56 hektar.


SBC terletak di lokasinya strategik di antara Cyberjaya, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta KLIA2.



18 views

Comments


bottom of page