top of page

Satukan institusi TVET agar diiktiraf industri


SHAH ALAM - Semua rangkaian intitusi bidang  Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan disatukan bagi memastikan graduan dilahirkan menepati keperluan industri.


Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, ini termasuk kolej vokasional, politeknik, kolej komuniti dan rangkaian universiti teknikal boleh berkongsi bahan, kepakaran, alat dan hubungan dengan industri.


Katanya, kolej vokasional sebelum ini menjadi kontroversi disebabkan sijilnya tidak diiktiraf dan diterima pihak industri.


"Justeru itu, kita akan memastikan (pembelajaran atau sijil) menepati standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dari Kementerian Sumber Manusia.


"Ini bagi memastikan pengiktirafan TVET tunggal dan kabinet juga telah meluluskan supaya setiap institusi TVET melahirkan graduan yang diiktiraf dan tidak berlaku lambakan di pasaran tanpa diiktiraf oleh industri," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia (KKHA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.


Sebelum ini, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 yang dikeluarkan menyatakan gaji pemulaan benar siswazah baharu di negara ini menurun 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi.


Menurut Maszlee, penyatuan institusi TVET akan memudahkan pihak industri untuk berhubung dengan pihak kementerian sekaligus memberikan pasaran kerja kepada para graduan.


"Tuntasnya, TVET akan menjadi pilihan arus perdana dan bukan lagi pilihan alternatif atau kedua selain memastikan graduannya tidak akan merasa rendah diri atau terpinggir," katanya.


Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kementerian akan melihat semula semua jurusan yang ada di universiti bagi keperluan sama ada memansuhkan atau menambah kursus yang lebih relevan seiring revolusi industri 4.0.


"Tidak dinafikan, keluhan siswazah kita apabila BNM melontarkan pasal gaji pemulaan yang rendah walaupun gaji bukan dijaga atau ditentukan kementerian sebaliknya industri," katanya.


Sumber: Kosmo!



Comments


bottom of page