top of page

Sarawak kaji penggunaan sisa buangan sebagai bahan binaan


Sarawak kaji penggunaan sisa buangan sebagai bahan binaan
Gambar hiasan

Sarawak kaji penggunaan sisa buangan sebagai bahan binaan

Kuching: Sarawak sedang mengkaji untuk menukar sisa buangan bagi dijadikan bahan binaan bangunan dan jalan raya.


Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kajian itu akan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi memastikan ia mencapai piawaian kebangsaan.


Pada masa sama katanya, perbincangan lanjut dijalankan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melihat kesesuaian sisa buangan untuk dijadikan bahan binaan di negara ini.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Antara sisa buangan yang berpotensi untuk dijadikan bahan binaan itu ialah plastik, kaca dan sanga iaitu bahan sampingan daripada peleburan bijih logam.


"Penggunaan sisa buangan dalam pembinaan sudah dilaksanakan di Australia dan ia agak menarik untuk kita laksanakan di sini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Revolusi Infrastruktur Lapangan Terbang dan Jalan Raya anjuran Institut Jurutera Malaysia di sini, hari ini.


Menurutnya, berikutan potensi sanga untuk menjadi bahan pembinaan jalan raya, kajian mengenainya kini sedang dijalankan dalam projek pembinaan jalan di Samalaju, Bintulu.


"Sanga hasil industri ferroaloi di Bintulu mencecah 100,000 tan setahun dan diklasifikasikan sebagai bahan buangan.


"Kini kita sedang meneliti proses kesesuaian termasuk, ketahanan dan keselamatannya untuk dijadikan bahan binaan jalan raya," katanya.


Sumber: Harian Metro



留言


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page