top of page

Sarawak cadang khidmat kereta api rentas Borneo


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg

LAWAS: Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo, kata Tan Sri Abang Johari Openg.


Menurut Premier Sarawak, cadangan itu telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan, di sini hari ini.


"Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.


"Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat projek pembangunan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).


Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan yang dilalui kereta api terbabit.


"Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan khidmat kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik," katanya.


Sumber: Berita Harian


Comentarios


bottom of page