top of page

Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam


Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Pada 10.36 pagi, harga saham Gamuda naik dua sen kepada RM4.49 dengan sejumlah 668,900 saham saling berpindah tangan. - Foto Gamuda

Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam

KUALA LUMPUR: Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.


Pada 10.36 pagi, harga saham Gamuda naik dua sen kepada RM4.49 dengan sejumlah 668,900 saham saling berpindah tangan.


Media semalam melaporkan bahawa cabang hartanahnya, Gamuda Land telah memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Tam Luc Real Estate Corporation yang memiliki tanah berkeluasan 3.68 hektar di Ho Chi Minh City (HCMC) pada harga kira-kira RM1.47 bilion.


Kenanga Research, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, telah mengekalkan saranan 'outperform' ke atas kumpulan itu susulan pengambilalihan tersebut yang dijangka memperkukuh kehadiran Gamuda di Vietnam.


"Ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan di Vietnam serta antara strategi projek pemulihan yang pantas dengan menumpukan usaha perancangan berterusan bagi menjana pulangan dengan potensi pelaburan dalam tempoh lima tahun," katanya.


Sementara itu, CGS-CIMB pula menyifatkan cadangan pengambilalihan itu sebagai peluang untuk Gamuda mengukuhkan kedudukannya di HCMC berikutan projek pembangunan 82 hektar milik Celadon City - Gamuda Land, kini di peringkat akhir baki dengan nilai pembangunan kasar RM389 juta.


Projek tersebut terletak 12 kilometer dari pusat kewangan perniagaan di HCMC.


"Risiko pelaksanaan dapat dikekang kerana ini merupakan projek keenam Gamuda di Vietnam dan kesemua aspek kelulusan perancangannya juga sudah diperoleh.


"Ini membolehkan Gamuda mencapai hasrat untuk menggandakan prajualan bernilai RM4 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang," katanya yang membuat gesaan 'beli' saham Gamuda pada harga sasaran RM5.58.


Sumber: Astro Awani


Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam


Comments


bottom of page