top of page

Sabah Electricity ambil tindakan pengguna terlibat kes pengusikan pepasangan meter, 3,095 kes telah dibongkarkan melibatkan pengguna domestik, komersil, dan industri


Petugas Sabah Electricity memeriksa pepasangan meter elektrik dalam operasi yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu.
Petugas Sabah Electricity memeriksa pepasangan meter elektrik dalam operasi yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu.

  1. Sabah Electricity terus mempergiat pemantauan terhadap pengguna yang mengusik pepasangan meter elektrik secara haram.


  2. Pada tahun 2024, sebanyak 3,095 kes telah dibongkarkan melibatkan pengguna domestik, komersil, dan industri.


  3. 69 operasi bersepadu telah dijalankan di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS), Suruhanjaya Tenaga (ST), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


  4. Sehingga Februari 2025, sembilan kes telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.


  5. Pada 24 dan 25 Februari 2025, lima premis di Kota Kinabalu dan Tuaran telah diperiksa kerana disyaki mengusik meter elektrik.


  6. Sabah Electricity akan menuntut semula kerugian seperti diperuntukkan dalam undang-undang.


  7. Kesalahan ini adalah serius, dan pesalah boleh didakwa di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Akta Bekalan Elektrik 1990.


Sumber: Sabah Media

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page