
KUALA LUMPUR, 25 November – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM9.7 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.
Peruntukan tambahan itu bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di negeri tersebut.
Penyenggaraan kerja dilaksanakan secara berfasa, dengan RM7 juta diperuntukkan bagi fasa pertama.
Manakala fasa kedua membabitkan tambahan RM2.7 juta yang telah diluluskan pada Ogos lalu.
Melalui peruntukan ini, banyak lampu jalan telah dibaiki, dan masalah jalan gelap di kawasan berisiko telah diambil tindakan. Penyenggaraan dan penambahbaikan lampu-lampu jalan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan peruntukan kerajaan.
Peruntukan tambahan akan dipohon dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Sabah.
Sumber: Berita RTM
Comments