top of page

RM24 juta bina PPR di Jempol


RM24 juta bina PPR di Jempol
Gambar hiasan: Kerajaan negeri bersetuju memberi tanah itu secara percuma kepada KPKT bagi pembinaan membabitkan 100 unit rumah teres.

RM24 juta bina PPR di Jempol

JEMPOL: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) mengumumkan peruntukan RM24 juta bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat ( PPR ) di daerah Jempol.


Menterinya berkata PPR berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 3.5 hektar milik kerajaan negeri di Kampung Datuk Johan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Serting.


Kerajaan negeri bersetuju memberi tanah itu secara percuma kepada KPKT bagi pembinaan membabitkan 100 unit rumah teres.


"Kerja awalan akan bermula tidak lama lagi manakala pembinaan dijangka akan bermula awal tahun depan.


"Pembinaan PPR ini diharap dapat memenuhi keperluan perumahan kepada penduduk yang memerlukan rumah mampu milik," katanya pada sidang media Program Kemampanan Komuniti Bandar ( PKKB ), Gotong Royong dan Melukis Mural di Medan Niaga 2 Bahau di sini hari ini.


Pembinaan PPR rumah teres itu mengikut kehendak penduduk yang mahu kediaman seperti itu berbanding kediaman bertingkat.


Dalam perkembangan lain, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, berkata KPKT turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di Jempol menerusi Program Sentuhan Kasih.


Naik taraf Pasar Awam Bahau dan membina Dataran Meranti masing- masing menerima peruntukan RM500,000 manakala RM200,000 diperuntukkan bagi membaik pulih Medan Niaga Bahau.


"KPKT turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi membaik pulih blok A,B, blok C1,2 dan 3 Rumah Pangsa Taman Bahau Indah.


"Menerusi Projek Sentuhan Kasih ini juga, KPKT turut meluluskan RM2.98 juta bagi membina sebuah Balai Bomba dan Penyelamat baharu di FELDA Palong Enam yang dijangka siap Februari tahun depan sekali gus menjadikan balai bomba ke 21 di Negeri Sembilan.


Sembilan kampung baharu di daerah ini turut menerima peruntukan berjumlah RM1.76 juta bagi melaksanakan 10 projek antaranya pelebaran dan menurap semula jalan, membina jalan baharu dan menaik taraf dewan orang ramai.


Projek yang diluluskan akan dilaksanakan dengan baik dan siap mengikut jadual selain tiada pembaziran, ketirisan serta pemborosan.


Sumber: Berita Harian


RM24 juta bina PPR di Jempol

Comments


bottom of page