top of page

RM200 juta untuk projek mitigasi banjir LPT1


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – AFA Prime Bhd (AFA) telah memperuntuk RM200 juta untuk melaksanakan Projek Mitigasi Banjir Lebuhrata Pantai Timur (LPT1) yang dijangka bakal siap Disember 2028 akan datang.


Nilai itu adalah daripada jumlah keseluruhan RM2.3 bilion bagi proses naik taraf kedua-kedua Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak dan LPT1.


Menurut Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid, projek itu memberi bantuan meminimumkan ganggguan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya di tahap maksimum.


“Oleh itu, projek ini telah meningkatkan sistem saliran supaya aliran air dalam jumlah besar lebih berkesan.


Culvert akan dipanjangkan serta dikukuhkan untuk memastikan aliran air, struktur selain peninggian jalan di kawasan mudah banjir juga akan dibuat untuk mengelakkan takungan air supaya jalan boleh diakses,” katanya pada sidang media hari ini.


Penambahbaikan itu juga melibatkan penstabilan cerun dan tambakan supaya sebarang hakisan tanah atau insiden tanah runtuh dapat dielakkan.


Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga akan diuruskan secara strategik untuk meningkat penyerapan air ke dalam tanah.


“Inisiatif ini bukan sahaja akan memenuhi keperluan infrastruktur semasa tetapi membantu dalam membina asas untuk rangkaian pengangkutan yang tahan lasak dan cekap bagi memenuhi keperluan akan datang.


“Dengan menggabungkan inovasi dalam kejuruteraan dengan penyelesaian praktikal, AFA akan terus menjadi penanda aras baharu dalam pembangunan infrastruktur yang akan memanfaatkan masyarakat serta generasi akan datang,” tambahnya.


Comments


bottom of page