top of page

RM1 bilion fasa ketiga projek pelebaran Lebuhraya PLUS


Pelebaran Lebuhraya PLUS Fasa Ketiga Johor 2024 dengan kos RM1 bilion
Pelebaran Lebuhraya PLUS Fasa Ketiga: Kos RM1 bilion untuk meningkatkan kapasiti dari Simpang Renggam ke Yong Peng

Berita terkini mengenai projek pelebaran Lebuhraya PLUS di Johor. Ketahui lebih lanjut tentang peluang dan cabaran untuk kontraktor tempatan.

JOHOR BAHRU – Fasa ketiga projek pelebaran Lebuhraya PLUS di negeri ini diharap akan diteruskan dan kosnya dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2025 yang akan diumum pada Oktober ini.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, fasa ketiga dijangka lebih besar dengan jarak projek kira-kira 41 kilometer (km) bermula dari Simpang Renggam ke Yong Peng (Utara) dan menelan kos yang dianggar RM1 bilion.


“Saya mewakili kerajaan negeri, rakyat Johor, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan kepada Kementerian Kewangan dalam menerima permohonan itu.


“Pelebaran Lebuhraya PLUS ini, bukan sahaja rakyat Johor nantikan, tetapi mereka yang hendak pergi ke selatan atau yang mahu ke utara melalui negeri Johor.


“Oleh itu, kita harap ada fasa ketiga. Ia lebih besar iaitu daripada Simpang Renggam sehingga ke Yong Peng (Utara) atau lebih dari itu,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program ‘Highway Concession Conference’ (HCC) 2024 di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Azman Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Ir Hasni Mohammad.


Katanya, kos yang dicadangkan pada fasa kedua mencecah RM931 juta tetapi selepas penilaian hanya membabitkan RM505 juta.


“Oleh itu, kita harap baki itu boleh digunakan sebahagian untuk fasa ketiga dan harap dapat diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada Oktober ini,” katanya.


Ahmad berkata, fasa pertama projek pelebaran lebuh raya itu dari empat lorong ke enam lorong bermula dari Senai (Utara) ke Sedenak dengan kos RM525 juta sudah dimulakan.


Sementara fasa kedua ujarnya, yang membabitkan jarak 18.8 km dari Sedenak ke Simpang Renggam pula sudah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 untuk dilaksanakan tahun ini.



RM1 bilion fasa ketiga projek pelebaran Lebuhraya PLUS

Comments


bottom of page