top of page

RM1.74 bilion projek untuk kontraktor bumiputera


Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUCHING, 20 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahkan sebanyak 60 peratus projek bernilai RM1.74 bilion telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera daripada jumlah keseluruhan projek biayaan negeri bernilai RM2.89 bilion.


Katanya Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen teguh dalam membangunkan kontraktor Bumiputera di negeri ini.


Sebagai sebahagian daripada agenda ekonomi digital, ujarnya, Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan sistem e-Perolehan untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan proses perolehan negeri.


“Usaha ini mencerminkan dedikasi Kerajaan GPS dalam memastikan kontraktor Bumiputera lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua berkata demikian pada pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.


Jelasnya langkah ini diharap terus memperkasakan ekonomi Bumiputera dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.


Sumber: TVS

Comments


bottom of page