top of page

Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA


Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)
Gambar hiasan: "Pemaju kemudian boleh merancang lebih awal berapa kos projek apabila terdapat petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dijadikan sebagai penanda aras oleh pihak berkuasa tempatan."

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyambut baik rancangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan masa yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memberikan kelulusan pembangunan.


Presidennya Datuk NK Tong berkata ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.


"Pemaju kemudian boleh merancang lebih awal berapa kos projek apabila terdapat petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dijadikan sebagai penanda aras oleh pihak berkuasa tempatan," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, pasti ada cabaran kerana tanah adalah urusan negeri dan setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai jadual masanya sendiri dalam pemberian kelulusan.


Oleh itu, adalah penting untuk memastikan semua negeri diselaraskan dengan dasar Kerajaan Persekutuan, katanya.


"Kami mahu mendapatkan kelulusan yang sewajarnya ... tiada jalan pintas, cuma mempercepatkannya. Kami percaya sesuatu boleh dilakukan, sebagai contoh, proses mempercepatkan proses permohonan pasport tanpa menjejaskan ciri-ciri keselamatan.


"Kita bukan sahaja mahu masa kelulusan dikurangkan, kita juga mahu kerajaan konsisten dalam perkara ini," kata Tong.


Menurut laporan berita, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sedar bahawa mengurangkan masa untuk memberikan kelulusan pembangunan akan membantu meringankan beberapa cabaran yang dihadapi pemaju hartanah hari ini.


Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan dengan Yang DiPertua Majlis Perbandaran dan Datuk Bandar minggu ini.


Sumber: Astro Awani


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page