top of page

Rancangan besarkan pelabuhan Butterworth punca kajian projek terowong antara George Town-Seberang Perai masih belum selesai


Kajian projek terowong menghubungkan George Town dan Seberang Perai, Pulau Pinang masih dalam penelitian. — The Star

KEMENTERIAN Pengangkutan memaklumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang masih belum selesai.


Menerusi jawapan bertulis Parlimen pada Selasa, kementerian menjelaskan, kelewatan itu adalah disebabkan beberapa faktor termasuk rancangan pembesaran pelabuhan di Butterworth, Pulau Pinang.


"Sebarang projek pembinaan terowong sama ada untuk kenderaan di darat dan di bawah laut serta pembinaan infrastruktur seperti jambatan, lebuh raya dan jalan raya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR)," katanya.


Cadangan terowong dasar laut itu juga bertujuan menghubungkan George Town dan Seberang Perai bagi mengurangkan kesesakan di negeri itu.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Mei lalu bagaimanapun berkata, terowong itu kini sedang disemak untuk menampung rancangan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan antara rancangan pembangunan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.


Sumber: The Star

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page