top of page

Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya akan dibangunkan semula


Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya akan dibangunkan semula
Gambar hiasan: Alamanda Putrajaya

Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya akan dibangunkan semula

PUTRAJAYA: Pusat beli-belah Alamanda yang juga antara pusat perniagaan pertama di Putrajaya akan dibangunkan semula bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, berkata kumpulan sudah mewartakan pelan pembangunan Alamanda.


Beliau berkata, ia adalah pembaharuan terbesar untuk Alamanda sejak pembukaannya pada 2004.


"Proses pembangunan sudahpun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat 2024.


"Pengubahsuaian ini adalah projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini," katanya.


Alamanda dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi.


Brien berkata, projek pengubahsuaian itu akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.


Beliau berkata, dengan penambahan keluasan kawasan boleh disewa bersih (NLA) sebanyak 50,000 kaki persegi, pembaharuan Alamanda bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.


Malah, sejajar dengan usaha penambahbaikan itu, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur.


Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu selain sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan serta pembaharuan landskap dari sudut reka bentuk dan penggunaan.


Alamanda, katanya sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai pusat membeli belah tetapi lebih kepada lokasi keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama.


"Pembangunan semula itu pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati," katanya.


Sumber: Berita Harian


Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya akan dibangunkan semula


Kommentarer


bottom of page